Gotong- royong di Surau Kampung Stungkor
July 15, 2012 by admin in Aktiviti / 0 Comments
Pada 14 Julai 2012, kerja-kerja pemulihan dan pembaikan Surau Kampung Stungkor untuk kegunaan saudara baru disana. Antara pihak yang terlibat ialah
PKIJ, Jabatan Kerjaraya Bhg Kch dengan Urusetia Saudara Kita dan penduduk muslim kpg stungkor.
Antara kerja-kerja yang dilakukan:
1. memasang pancur air dan tangki-tangki untuk memgumpul air hujan memandangkan surau tiada bekalan air paip
2. meletakkan batu untuk jalan masuk ke surau dan tempat letak kereta
3. membersih kawasan surau dan dewan
4. Mengecat surau, memasang tikar getah dalam surau
5. Selain itu, pihak PKIJ JKR juga menyampaikan kelengkapan surau seperti sejadah, quran dan buku2 agama.
PKIJ JKR juga menyampaikan pakaian terpakai kepada penduduk muslim kpg stungkor yang hadir.
Sumbangan disampaikan oleh Jurutera Bahagian, JKR Bhg Kuching, Encik Awang Fadillah Bin Awang Reduan
Terima kasih kepada semua ahli PKIJ JKR Bahagian Kuching dan DE JKR Bhg Kuching atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan.
Allah berfirman : “Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad 47:7)
Kampung Stungkor ialah sebuah perkampungan Bidayuh yang terletak diantara Kampung Stenggang dan Kampung Bokah
di pertengahan jalan besar Bau-Lundu. Ia merupakan kampung yang terdiri daripada 3 buah perkampungan kecil iaitu
Kampung Stungkor Lama, Kampung Batu 15 dan Batu 17.
Pada masa ini, terdapat 16 buah keluarga beragama Islam di Kampung Stungkor dan Bokah.
Melalui hasil usaha dakwah pihak HIKMAH, 5 buah keluarga telah berjaya di-Islamkan pada tahun 2005.
untuk memudahkan mereka yang beragama islam berkumpul, pada tahun 2007 sebuah dewan masyarakat telah berjaya didirikan
dan diikuti oleh pembinaan surau pada tahun 2009 atas permohonan penduduk muslim disitu.
Malangnya kedua-dua surau dan dewan itu tiada bekalan letrik dan air.
ini menyebabkan kedua-duanya tidak dapat digunakan oelh org kpg atau pihak lain.
Jalan masuk ke surau pun cuma dapat dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda sahaja
kerana sebahagian daripadanya telah runtuh disebabkan oleh jentera-jentera berat yang digunakan semasa pembinaan surau.
Oleh itu, pihak USK telah berusaha mencari bantuan dari organisasi-organisasi yang dapat membantu menyumbang
supaya surau dan dewan tersebut dapat manfaatkan oleh masyarakat muslim tempatan khasnya.







Harakah Islamiah (HIKMAH)
Islamic Information Centre
Jabatan Agama Islam Sarawak
Pejabat Mufti Negeri Sarawak
Tabung BaitulMal Sarawak