Sejarah Penubuhan

Pada masa dahulu, keperluan rohani masyarakat saudara kita telah dipenuhi serba sedikit oleh agensi seperti BINA (sekarang dikenali sebagai HIKMAH), PERKIS dan Majlis Islam Sarawak (Jabatan Agama Islam Sarawak). Salah satu daripada maklumbalas yang sering diterima dari masyarakat saudara kita ialah keperluan pendidikan agama tidak dapat dipenuhi oleh agensi-agensi tersebut. Selain itu, agensi-agensi tersebut juga tidak dapat  memberi sokongan moral yang sangat diperlukan oleh saudara kita. Saudara kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dari ahli keluarga mereka dan masyarakat yang bukan Islam di sekeliling mereka. Ini berlaku mungkin kerana orang “born muslim” dalam agensi-agensi tersebut kurang memahami tekanan social atau jiwa yang dihadapi oleh saudara kita, baik dari segi keperluan asas atau emosi. Selain daripada itu, kekurangan tenaga pendakwah pada ketika itu adalah amatlah kurangan. Oleh yang demikian, sebilangan daripada mereka merasa perlunya ditubuhkan satu badan yang diuruskan oleh saudara kita sendiri untuk turun padang dan membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut.

Pada tahun 1977, Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (BINA) Sarawak telah menubuhkan Badan Kebajikan Saudara Kita dimana ahli-ahli komitinya terdiri daripada saudara kita yang memegang jawatan di jabatan-jabatan kerajaan atau swasta, tetapi sedihnya badan Sekretriat tersebut mati begitu sahaja.

Pada tahun 1986, sekumpulan saudara baru dengan bantuan MIS dan Bahagian Hal-Ehwal Islam (JPM) Cawangan Sarawak telah berjaya mengadakan satu seminar dan bengkel untuk saudara kita di Dewan Majlis Islam Sarawak, Kuching. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud semasa Majlis Penutupan Seminar tersebut mencadangkan agar satu Sekretriat ditubuhkan untuk saudara kita. Mengikut cadangan YAB Ketua Menteri,  Sekretriat tersebut nanti akan bernaung di bawah Majlis Islam Sarawak. Majlis Islam Sarawak akan membantu dari segi kemudahan asas dan tunjuk ajar supaya aktiviti-aktiviti keagamaan sekretariat dapat dijalankan dengan lancar.

Selepas seminar tersebut beberapa orang saudara kita yang aktif, (di bawah bimbingan Dr Mohd Hirman Ritom Abdullah), telah berkumpul dan melantik ahli-ahli komiti Sekretariat yang pertama terdiri daripada berbagai kaum. Sekretariat tersebut dipanggil Urusetia Saudara Baru yang mana sekarang dikenali sebagai Urusetia Saudara Kita (USK) dan penasihatnya pada masa itu ialah YB Datuk Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg. Mulai dengan penubuhan USK Kuching pada tahun 1986, tahun demi tahun, USK ditubuhkan di semua Bahagian seluruh negeri Sarawak.

Penubuhan USK Mengikut Tahun

NO URUSETIA SAUDARA KITA SARAWAK TAHUN PENUBUHANNYA
1 Urusetia Saudara Kita, Kuching

1986

2 Urusetia Saudara Kita, Miri

1990

3 Urusetia Saudara Kita, Sibu

1994

4 Urusetia Saudara Kita, Sarikei

1994

5 Urusetia Saudara Kita, Limbang

1994

6 Urusetia Saudara Kita, Bintulu

1994

7 Urusetia Saudara Kita, Kapit

1998

8 Urusetia Saudara Kita, Serian

2009

9 Urusetia Saudara Kita, Sri Aman

2006

10 Urusetia Saudara Kita, Saratok

1998

11 Urusetia Saudara Kita, Betong

2005

13 Urusetia Saudara Kita, Sg Asap

2010

14 Urusetia Saudara Kita, Belaga

2007

15 Urusetia Saudara Kita, Mukah

2008

16 Urusetia Saudara Kita, Marudi

1992

17 Urusetia Saudara Kita, Kuala Baram

2010

18 Urusetia Saudara Kita Lawas

2007

19 Urusetia Saudara Kita Klasen

2011